Thursday, January 27, 2011

GUEST BLOGGER: ARIF ABDULL

PERANTAU DAN ANAK MUDA PENENTU KEPUTUSAN TENANG

Kenapa analisa politik tentang pola pengundian dalam setiap kali pilihanraya di negara ini perlu disandarkan kepada unjuran mengikut kaum semata-mata?

Lebih menyedihkan, semua pihak seperti sengaja membiarkan perkara ini terus berlaku. Walaupun sering terdapat faktor-faktor lain yang patut diambilkira sebagai perkara penting dapat menentukan pola pengundian, tetapi malangnya masih ramai kalangan kita tetap taat setia berkiblatkan analisa politik menurut pecahan kaum.

Dalam pilihanraya kecil (PRK) di DUN Tenang ini misalnya, 82 peratus daripada 14,753 jumlah keseluruhan pengundi adalah merupakan kumpulan pengundi muda (yang berumur 21 hingga 40 tahun). Selain daripada itu, tinjauan rambang penulis mendapati kebanyakan pengundi muda di sini kini berada di luar Labis.

Mereka terpaksa berhijrah mencari kerja samada ke Singapura atau Kuala Lumpur. Tanpa mengira samada mereka ini berbangsa Cina, Melayu atau India, golongan muda seramai lebih kurang 12 ribu (82% daripada 14 ribu) ini pastilah merupakan salah satu faktor penentu (Kingmaker) yang penting.

Kenapa kita semua membiarkan diri kita menari mengikut rentak tarian pemerintah? Sebagai parti pemegang kuasa, UMNO (dan Barisan Nasional) sudah tentu bersyukur kerana tanpa disedari selama ini kita masih saja membiarkan diri kita terperangkap dalam analisa dan unjuran statistik yang selari agenda perkauman sempit BN.

Semua sedia maklum bahawa sebahagian besar, terutamanya golongan muda pengundi Dun Tenang ini kini merantau dan bekerja luar daerah Labis. Peluang pekerjaan dan sumber ekonomi yang terhad di Labis sendiri menjadi penyebab utama memaksa ramai pengundi keluar mencari rezeki di luar daerah ini.

Golongan muda dan perantau ini boleh sahaja menjadi faktor penentu keputusan PRK Tenang, dengan syarat ada usaha bersunggguh-sungguh dari para pimpinan dan jurukempen PAS serta Pakatan Rakyat untuk memujuk rayu mereka pulang bagi menunaikan tanggungjawab.

Penulis dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa perjalanan dari seberang Tambak Johor ke Labis hanya memakan masa 2 jam lebih sahaja. Manakala, jika memandu dari Kuala Lumpur pula hanya memerlukan lebih-kurang 3 jam.

Kepada semua perantau yang budiman, anda semua adalah sandaran harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Sahutlah cabaran untuk menjadi 'Kingmaker' di DUN Tenang. Pulanglah mengundi!

Selamat mengundi, Selamat Bercuti, dan Selamat Tahun Baru Cina!

++++

That's Ariff when he was arrested. He is not really big compared to the two flanking him, yah!


4 comments:

baDboyzs said...

The minute the English masters left us in 1957, it is all about

Malays vs the rest

This is Malaysia, thats it , period

felicia said...

wah! for talking facts also can get arrested ah? no wonder when U-Must-Not-Object talks cock, PDRM listen with ears wide open....

Anonymous said...

Kita sokong PAS!!!!

Anonymous said...

It is crucial to stop One and All of the following in Malaysia:
1. Police brutality against bloggers;
2. Corruption
3. Ministers govern, not politicking